Actually, aku dapat agak dimana kesilapan aku ni. Ni mesti sos putih aku tak cukup cair dan tak banyak. Sos putih aku likat sangat dah tu sikit pulak tu. Maybe aku tak cukup letak susu segar, so kuranglah kuantitinya. Masalah loyang pun satu hal, aku hanya ada loyang bulat, mana ade loyang empat segi, so beef lasagna nampak buruk bile dipotong haha... Kena pergi kedai ni beli loyang petak! Overall untuk beef sangatlah ok, family aku suke sangat-sangat, beef dia aku masak dengan kari daging sikit dan ditambah sos prego tradisional, pepper, carrot, daun bawang & daun sup, hasilnya...wallaaaa!!! Kalau kucing-kucing rumah mak bau mesti diorang mengeow-eow (betul ke aku eja), nak mintak beef tu sikit huhuhu... Heh! Aku & family kalau makan mesti ingat kat kucing, dah jadi part of our family pulak.
Before bakar, add parmesan cheese on the top of lasagna.
The other side before bakar.
After bakar, hallamakkk nasib tak rentung!
Cheese saje separa rentung, everything is ok, but lasagna a little bit keras huhuhu.Sampaikan satu malam tu mak aku tegur dengan wajah yang sedih, dia nasihat aku baik-baik. Aku ingat lagi mak aku cakap, "Kak yong, walau kak yong belajar setinggi mana pun, tak guna juga kalau kak yong tak reti masak. Kak yong nak jadi apa? Satu hari nanti kak yong akan kahwin, dapurlah juga tempatnya. Kalau kak yong tak reti masak, siapa yang malu? Bukan kak yong sorang je yang malu tahu, tapi mak ni, orang akan salahkan mak sebab tak pandai didik anak ke dapur. Kak yong nak ke orang cakap macam tu?" . Huhuhuhu masih aku ingat lagi, dan dari situlah aku mula berubah sikit-sikit, tu pun selepas habis sekolah. Eh degil gak aku ni kan, hew hew hew aku memang degil! Aku ingat lagi, dulu masa form 2, ada satu subjek Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga), masa dulu geli jer aku dengar, rasa macam girlish sangat. Aku kan tak suke girlish-girlish ni time tu. So ade la bab masak-masak, cikgu suruh sediakan hidangan yang dimasak sendiri oleh kumpulan. Terus terang aku cakap, aku tak minat langsung dan tak ambil part pun hal nih. Semua aku serah kat ahli kumpulan, aku jadi tukang tengok dan tukang rasa je. Hahaha teruk kan perangai, macam babun je huhuhu....
So sejak aku mula berpisah dari family, aku pun mula ubah sikap tak elok ni sikit-sikit. Ecececehhh ye ye je aku nih. So sekarang aku dah tahu jugak la duduk dapur, boleh la diharap hehehe bangga-bangga, padahal orang lain lagi advance dari aku. Tapi kan, aku tengok, aku nih lebih suka masak western, maybe sebab senang, bahan-bahan tak renyah, tak payah blender sangat, tak payah pakai lesung batu, huhuhuhu nak yang mudah je aku nih kan? Dan first time aku buat kek sendiri tanpa bantuan sesiapa adalah pada tahun pertama aku kahwin, tahun pertama aku beraya dengan hubby. Woooooooooooo malu! So aku nih masih budak freshie lagi sebenarnya! Hahahahahahahahaha....

Enjoiceeeee!!
