Friday, June 17, 2011

McD Promo Again!!

Walllaaa...!!! Best nyer Mekdi nih, boleh kate tiap2 minggu bagi promotion yang berlainan. Minggu lepas diorang bagi promosi Buy 1 Free 1 French Fries (M) A La Carte, minggu sebelumnya Buy 1 Free 1 McChicken A La Carte. Okey, minggu nih diorang bagi Buy 1 Free 1 Chicken Nugget (6 pcs) A La Carte. Sape2 nak jimat poket yang tengah kering di hujung bulan, boleh la gune kupon nih. Ake sukeee promotion2 nih hehehe... ;)



Selamat Hari Bapa, Abah!

Thanks to my beloved friends, Ina sebab belikan aku kek lapis Sarawak, and macam coincide je sebab kek tu sampai semalam, hari ni pegi amik. Chewah!! Macam di atur cantek2 jer kan, sebab kek tu boleh aku gune untuk celebrate hari bapa, special sikit sebab abah suke kek lapis nih.

*Wink Wink*

So tonite, let's celebrate the Father's Day with 3 cakes!!




2 kek lapis aku kirim dari Ina, 1 kek icing aku beli sendiri.



Okey okey, duduk diam sikit, nak bagi tazkirah pasal hari bapa nih. Huahuahua macam bagus je... Korang tau tak, bapa kite nih kebanyakkan nye banyak menyerahkan urusan rumahtangga di bahu ibu kite. Tapi itu tak bermakna diorang tak amik tahu langsung hal-hal anak-anak nih, I means tak la lepas tangan 100%. Eh korang setuju ke dengan statement aku nih?? Tapi itu lah hakikatnya yang kite tak nampak, tapi ibu kite pasti akan rasa yang bapa kite sebenarnya ambil berat akan diri kite.

Contohnya, ibu kite selalu contact kite bile kite berjauhan dari mereka, dan kite merasakan ibu kite lah yang ambil berat akan diri kite. Tapi tahukah anda, siapakah insan yang mengingatkan ibu kite untuk contact kite??? Bapa / abah / ayah la orang yang bertanggungjawab mengingatkan ibu kite. Kite tak nampak kan? Tambah2 bile kite tinggal berjauhan dari mereka, tapi itulah hakikatnya. Seorang bapa walaupun di mata anak2 nampak tegas dan garang (maybe), tapi jauh di sudut hati nya masih teringat akan kite, seolah2 kite ni anak yang masih kecil yang perlukan ibu bapa lagi (walaupun kebanyakkan nya seolah2 melupakan ibu bapa apabila mereka tamat persekolahan). Kiranya, dalam hati bapa kite ada taman gak, atau hati pink gitu!

Kadang-kadang, bila tiba musim raya terutamanya, bapa kita lah orang yang paling sibuk membeli itu ini untuk santapan anak2 yang akan balik beraya nanti, Bapa kita lah yang sibuk menyediakan senarai juadah yang hendak disediakan untuk ibu kita masak, agar anak2 nya berasa gembira dan puas, tapi kita anak2 acap kali lupa atau tidak terfikir akan semua itu. Bapa kita tahu makanan kegemaran kita, maka disediakan awal2 dan awal2 lagi mengingatkan ibu kita untuk masak sebelum kita sampai. Okey, saya rasa terharu dan nak nangis, sila nangis!

Aku masih ingat lagi akan satu peristiwa masa aku di bangku sekolah menengah. Mungkin pada yang lain ini ialah hal yang remeh, tapi bagi aku cukup besar maknanya. Aku ingat lagi, masa sekolah dulu aku selalu stay-up sampai malam2 kadang2 pukul 1pg baru tidur (paling lambat la kiranya). Mak aku selalu masuk tidur awal sebab mak aku seorang ibu yang bekerja, harus bangun sebelum Subuh untuk masak sebelum pergi kerja. So, abah aku la yang selalu menemani aku study malam2, selalunya abah aku akan lepak kat luar rumah sambil smoking2 atau tengok TV. Dan satu malam tu abah aku bawak fresh orange untuk aku minum mase tengah study. Nak tahu apa perasaan aku ketika itu? Rasa dihargai dan dilindungi sangat2!! Kadang2 abah la orang yang menutup lampu tidur aku sebab aku takut tidur dalam gelap. Abah la orang yang bersusah payah ambil aku balik sekolah dan sejam kemudian hantar aku pergi tuisyen pulak.

Dan aku masih tak dapat melupakan saat kali pertama aku berpisah dengan family, saat di mana ahli keluarga yang 4 orang ini akan tinggal jadi 3. Saat di mana aku masuk martikulasi. Saat di mana mak aku bergenang air mata mahu melepaskan aku pergi, dan saat di mana muka abah aku merah menahan tangis! Dan masa di matrikulasi, abah la orang yang paling tak sabar2 nak melawat aku setiap hujung bulan, macam2 dia mintak mak sediakan makanan kegemaran aku (sambal udang!) sebelum datang jenguk aku, dan macam2 yang dia belikan bekalan / stok makan untuk aku... Ahhhh terharu rasanya! Abah la jugak orang yang bertangunggjawab tak mahu melepaskan adik aku pergi belajar kat Melaka, sebab bagi abah, kami nih masih anak2 kecil yang masih bergantung harap padanya.

Seribu satu macam cerita ingin aku rungkaikan, tapi aku tak dapat menahan air mata ini. Hahahaha sila gelak, jiwa aku halus la pulak! Oleh itu, hargai lah bapa kita dan tak salah untuk kita gunakan kesempatan ini untuk mengggembirakan hati mereka, kerana apa yang penting bagi mereka, anak2 tidak muda lupa akan kehadiran mereka sebagai seorang BAPA. Selamat Hari Bapa, Abah!



We Love You Abah!