Sunday, July 31, 2011

Cerita Ramadhan.




Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berpuasa dikelilingi family tersayang. Walaupun sudah berkahwin dan mak abah sepatutnya tak payah risau tentang anak diorang yang sorang ni, tapi mak abah masih jugak risau dan masih manjakan aku seperti masa bujang-bujang dulu huhu... Tambah-tambah masa puasa ni, kadang kala mereka masih telefon untuk mengejutkan aku bangun sahur, yang kadang kala aku sendiri terlajak walau sudah berkahwin hahaha... Telefon aku masa waktu hendak berbuka, suruh datang berbuka sekali di rumah mereka, menyediakan juadah berbuka kesukaan aku, atau kadang kala menghantar sendiri sedikit kuih-muih untuk aku berbuka sekiranya aku sangat penat bekerja. Oh ya, masa puasa ni selalunya ofis mak aku balik awal dalam pukul 3 petang, jadi mak punya masa untuk masak juadah berbuka yang simple-simple. Tak macam aku, baliknya tetap jam 5 petang, kadang-kadang lebih.

Cerita tentang ramadhan dan family aku memang banyak. Kalau cakap je pasal bulan puasa, kami satu family dah senyum macam kerang busuk sebab kami semua tahu, abah la insan yang paling seronok sekali. Mana tak nya, asal bulan puasa je abah dah start planning juadah makan-makan. Hari ni nak makan tu, hari esok nak makan tu, lusa plak yang itu, kalau pergi bazar ramadhan jangan cakaplah, satu bazar tu kalau boleh dia nak borong! Mak selalu gak perli abah kalau abah 'membeli-belah', mak cakap mahu poket rabak kalau ikut segala nafsu masa tengah puasa. Hahaha mula la nanti diorang bergaduh. Abah dan bazar memang tak dapat dipisahkan. Mulut mak jadi macam 'popcorn' kalau tahu abah nak gi bazar, iye la dah la suruh mak masak macam-macam, dah tu ade hati lagi nak gi bazar, tak ke membazir namanya. Abah kalau pergi bazar borong kuih-muih je, yang manis ada, yang pedas ada, warna hijau kuning merah sebagainya ada, dah tu banyak pulak belinya! Pada hal kami semua bukan suka sangat makan kuih2 ni. Tahun lepas abah tak berkesempatan nak shopping-shopping kat bazar sebab abah tak sihat dan tak boleh drive lagi. So, tahun ni abah dah cakap awal-awal nak balas dendam untuk tahun lepas punye, mak dah tarik muka semacam je, habis la...bila dah boleh drive, alamatnya tiap-tiap petang bertandang ke bazar. So tak selamat sikit la financial puasa ni huhuhu...

Cerita ramadhan dan family aku tak habis di situ je. Itu belum bab ramadhan bila aku dan adik di kejauhan, masa tengah study dulu. Kesian bile diingat-ingat balik, tapi kelakar pun ade jugak. Hihihi... Saat aku dan adik study, hanya mak dan abah je yang berbuka puasa berdua. Masa kami tengah study tu, financial family agak sesak, memang susah, semua kena bercatu. So, masa bukak puasa mesti abah mak call kami dari jauh hanya nak tahu kami berbuka ape. Biasa la masa study, bukak puasa sempoi2 je, so bile orang tua kami tahu, diorang sedih dan tak sampai hati nak buka puasa dengan lauk yang macam-macam. Sudahnya sepanjang kami study, mak abah kalau boleh elakkan masak juadah kegemaran kami sebab asal bukak puasa je mesti teringat kami, kami makan ape, ade duit ke tak, kenyang ke tak, macam-macam diorang fikirkan. Lauk yang selalu dielakkan ialah udang (my feberet!) dan ayam (adik feberet). Huhuhu sedihhh, kami pulak yang kesiankan diorang, sampai macam tu sekali pengorbanan mereka! Sob sob... Tapi bile dapat tahu je kami akan balik nak sambut puasa dengan mereka, melompat kegirangan tamba-tambah abah! Hehehe... Mulalah siapkan list macam-macam juadah. So, kami amat sayang yang amat sangat-sangat kat mak abah.

InsyaAllah, tahun ni merupakan tahun ke-4 aku berpuasa dengan suami. Kami bernikah dulu pun dua minggu sebelum puasa sebab nak meraikan puasa bersama. Dan InsyaAllah juga tahun ni kami akan sambut anniversary yang ke-3 yang jatuh di bulan Ramadhan yang mulia ini. Okey, nak bersiap-siap ke rumah mak, dinner mi kari dan sama-sama mendengar pengumuman puasa. Jadi selamat berpuasa semua dan selamat menjalani ibadah tarawikh.

Cheers :D





Thursday, July 21, 2011

Grrrr....sejuk!

Semalam jalan-jalan kat mall, sejuk ada air-cond hehehe... Dengan cuaca panas sekarang ni, sampaikan Taiping berjerebu la, bukan lagi sinonim dengan gelaran Bandar Hujan, aku agak dah seminggu lebih tak hujan. So bile panas-panas macam ni, gerai-gerai cendol yang famous kat Taiping confirm pack la kan, nak melantak cendol sure nye kena beratur panjang. Maka aku & hubby masa lunch hour pergi mall sebab tak la sesak sangat, air-cond pun ade. Pusing punya pusing, nampak 1 kedai ni yang dari dia bukak memang nak masuk tapi time tu ramai orang, maka ibarat langkah kanan, dengan pelanggan yang takde di kedai tersebut, maka kami pun masuk lah, ditakdirkan rezeki kami.


Cool Ice Crystal.


Kami decide nak melantak ice di tengahari buta, so pilih punye pilih, ambil la ice chocolate & ice kiwi. Nak ambil ice strawberry, buah nye pulak dah habis. Ermmm siottt je...




Aku suke kisaran ice dia, very smooth, aku tengok macam makan serbuk papan pon ade hahaha... Kisaran ice dia lambat cair, yang rasa chocolate ni tak berapa ummmphhh sangat, tapi yang kiwi ni sedap jugak, masam2 sejuk wooooooooooo...






Bile makan rasa sejuk sampai brain freezing la, tu yang nikmat tu! Tapi ape-ape pun cendol dan ice kacang lagi sedap! Peace ;)

Dinner.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dilimpahkan rezeki untuk makan-makan. Hehehe...part-part makan ni memang best! Setelah mengidam macaroni cheese sekian lama, walhal boleh je dibeli di Secret Recipe atau Kenny Rogers, tapi tetap tak puas berbanding kalau yang dimasak sendiri. Pada hal nak masak nye amat la senang, ibarat budak tadika pun boleh cuba masak sendiri, tapi apakan daya, MALAS penyakit aku yang tak kan sembuh-sembuh huhuhu... So malam ni, aku dah prepare western food untuk dinner malam ni. Ala masak manje-manje je, hidup pun berdua, maka ade la campuran style ala-ala bujang hehehe...

Mula-mula racik bawang putih dalam 3-4 ulas, tumis dengan olive oil dalam 4 sudu besar, tumis hingga garing, kemudian masuk udang, sotong dan isi ketam, tumis hingga masak. Tapi disebabkan dalam ice box ade udang je, maka belasah saje la ape yang ade. Tak payah susah-susah fikir kan, hahaha mahu senang je!




Kemudian masukkan 1 tin Prego cheese & herbs (tin kuning), tambahkan sikit air dalam tin, then masak dan kacau dengan api perlahan. Kacau la dalam 4-5 minit, kemudian tambahlah pepper dan garam ikut selera masing-masing. Sos Prego ni dah sedia letak garam, tapi rasanya 'light' sikit la. Bila dah masak, masukkan macaroni yang telah direbus dan kacau sebati. Siap!!! Untuk presentation, boleh la tabur cheese, oregano dan chilli flakes kat atas macaroni tadi.











Dinner malam ini, macaroni cheese dan burger kahwin (daging dan ayam). Sambil siapkan entri, sambil makan macaroni hahahaha habis berselerak atas meja ni ;) Kan aku dah kata, masak benda ni senang, sesuai untuk dibawa ke picnic, senang, mudah , & cepat!




Sunday, July 17, 2011

Family suka makan.

Alhamdulillah...syukur sangat-sangat dapat membahagiakan family lagi sekali, syukur masih diberi kesempatan untuk melihat wajah-wajah insan tersayang dapat makan, makan, dan makan... Okey! Malam tadi had a great dniner with my family, aku hanya masak western je, beef lasagna. First time trial, dan tak berapa menjadi sangat huhuhu sedih ada geram pun ada. Mungkin sebab aku tak ikut resepi betul-betul, ha tu la nak ikut kepala sendiri je hehehe...

Actually, aku dapat agak dimana kesilapan aku ni. Ni mesti sos putih aku tak cukup cair dan tak banyak. Sos putih aku likat sangat dah tu sikit pulak tu. Maybe aku tak cukup letak susu segar, so kuranglah kuantitinya. Masalah loyang pun satu hal, aku hanya ada loyang bulat, mana ade loyang empat segi, so beef lasagna nampak buruk bile dipotong haha... Kena pergi kedai ni beli loyang petak! Overall untuk beef sangatlah ok, family aku suke sangat-sangat, beef dia aku masak dengan kari daging sikit dan ditambah sos prego tradisional, pepper, carrot, daun bawang & daun sup, hasilnya...wallaaaa!!! Kalau kucing-kucing rumah mak bau mesti diorang mengeow-eow (betul ke aku eja), nak mintak beef tu sikit huhuhu... Heh! Aku & family kalau makan mesti ingat kat kucing, dah jadi part of our family pulak.


Bahan-bahan mentah dan sos putih.



Before bakar, add parmesan cheese on the top of lasagna.



The other side before bakar.



After bakar, hallamakkk nasib tak rentung!



Cheese saje separa rentung, everything is ok, but lasagna a little bit keras huhuhu.



Okey ini ada satu cerita. Cerita tentang aku memasak. Sebenarnya, memasaklah part yang paling aku tak suka dalam hidup ni masa aku di bawah umur 18 tahun. Zaman di mana aku masih sekolah, zaman aku masih remaja, dan zaman aku ala2 tomboy. Haha pecah sudah! Aku tak lokek untuk membantu mak di dapur, aku suka tolong-tolong mak, tolong potong sayur, kacau-kacau lauk, rasa-rasa lauk (wajib!), yang ringan-ringan je hehe... Tapi aku tak boleh diharap untuk masak sendiri, tanpa bantuan mak. Aku masih ingat lagi, masa kau form 4, goreng ayam pon aku tak reti! Satu hari tu aku pegi rumah aunty aku, & tidur sana sebab cuti sekolah. So the next day aunty aku pesan nanti nak lunch gorenglah ayam dalam peti ais tu, sebab dia nak pegi keje. So masa nak lunch, aku memang tak tahu langsung nak goreng ayam, nak bukak gas pun aku tak tahu! Haaaa parah giler.... Lepas aku pikir-pikir, aku suruh cousin lelaki aku (anak aunty aku) yang goreng! Hahaha nasib baik ada dia, dia pangkat abang dari aku so bolehlah diharap. Gile malu betul aku bile ingat-ingat balik ;)

Sampaikan satu malam tu mak aku tegur dengan wajah yang sedih, dia nasihat aku baik-baik. Aku ingat lagi mak aku cakap, "Kak yong, walau kak yong belajar setinggi mana pun, tak guna juga kalau kak yong tak reti masak. Kak yong nak jadi apa? Satu hari nanti kak yong akan kahwin, dapurlah juga tempatnya. Kalau kak yong tak reti masak, siapa yang malu? Bukan kak yong sorang je yang malu tahu, tapi mak ni, orang akan salahkan mak sebab tak pandai didik anak ke dapur. Kak yong nak ke orang cakap macam tu?" . Huhuhuhu masih aku ingat lagi, dan dari situlah aku mula berubah sikit-sikit, tu pun selepas habis sekolah. Eh degil gak aku ni kan, hew hew hew aku memang degil! Aku ingat lagi, dulu masa form 2, ada satu subjek Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga), masa dulu geli jer aku dengar, rasa macam girlish sangat. Aku kan tak suke girlish-girlish ni time tu. So ade la bab masak-masak, cikgu suruh sediakan hidangan yang dimasak sendiri oleh kumpulan. Terus terang aku cakap, aku tak minat langsung dan tak ambil part pun hal nih. Semua aku serah kat ahli kumpulan, aku jadi tukang tengok dan tukang rasa je. Hahaha teruk kan perangai, macam babun je huhuhu....

So sejak aku mula berpisah dari family, aku pun mula ubah sikap tak elok ni sikit-sikit. Ecececehhh ye ye je aku nih. So sekarang aku dah tahu jugak la duduk dapur, boleh la diharap hehehe bangga-bangga, padahal orang lain lagi advance dari aku. Tapi kan, aku tengok, aku nih lebih suka masak western, maybe sebab senang, bahan-bahan tak renyah, tak payah blender sangat, tak payah pakai lesung batu, huhuhuhu nak yang mudah je aku nih kan? Dan first time aku buat kek sendiri tanpa bantuan sesiapa adalah pada tahun pertama aku kahwin, tahun pertama aku beraya dengan hubby. Woooooooooooo malu! So aku nih masih budak freshie lagi sebenarnya! Hahahahahahahahaha....




Okey, pic nih takde kena mengena dengan cerita diatas. Mak aku bukan marah aku masa dia tengah makan McD nih, tak ye takde kena mengena langsung! Pic ni masa aku belanja mak, abah, hubby makan McD malam jumaat lepas. I'd love to see their face, full with happiness while they're enjoying their meals. Memang lah aku tak mampu bawa diorang makan mahal-mahal, tapi aku bersyukur mempunyai mereka yang menghargai setiap pemberian aku walaupun kecik. We're spent our good quality time together, shared our stories and going back at 11p.m.


Enjoiceeeee!!

Tiga sebab utama siswazah sukar dapat pekerjaan




Ketidakmampuan bertutur dalam bahasa Inggeris, tiada pengalaman bekerja dan bersikap memilih pekerjaan adalah antara faktor utama ramai siswazah terus menganggur.

​Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata siswazah yang baru menamatkan pengajian juga menuntut gaji tinggi dan enggan menerima tawaran jawatan yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka kerana gaji yang ditawarkan adalah rendah sebab tidak mempunyai pengalaman bekerja.

"Kebanyakan majikan akan memberi lebih banyak markah kepada mereka yang memiliki pengalaman bekerja walaupun pengalaman yang diraih itu dalam kategori lebih rendah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran kerjaya dan lepasan ijazah bertemakan "Graduan Aspire 2011" di sini hari ini.

Beliau berkata kadar pengangguran di Malaysia sekarang ialah 3.1 peratus.

______________________________________________________

Tajuk di atas ni memang aku sokong sangat-sangat. 3 faktor inilah yang menyebabkan masih ada lagi siswazah yang menganggur selepas tamat pengajian. Walaupun ada yang beranggapan hal ini kecil, tapi tahukah bahawa ini merupakan masalah tunjang yang menyebabkan pertambahan golongan ini. Memang tidak dinafikan, kebanyakan golongan ini selepas tamat pengajian mula berangan-angan yang mereka akan dapat kerja besar, jawatan besar, gaji besar, maka dari angan-angan tersebuat muncul lagi angan-angan kedua iaitu dapat pakai kereta besar dan memiliki rumah besar. Tapi tahukah mereka, semuanya haruslah bermula dari bawah.

Para majikan terutamanya syarikat swasta, lebih mementingkan pengalaman kerja dahulu baru mereka akan lihat kelayakan yang kamu miliki. Tanpa pengalaman kerja, bagaimana mereka yakin untuk menggaji kamu dengan gaji besar? Bolehkah dan tahukah kamu alam pekerjaan tidak sama seperti alam belajar. Tanpa pengalaman kerja, majikan tidak yakin dengan kemampuan kamu untuk bekerja dengan syarikat mereka. Syarikat mahukan sesuatu yang kamu boleh beri setelah kamu diambil bekerja. Hatta pengalaman kamu sebagai kerani pun diambil kira, asalkan ada pengalaman, maka pihak majikan tahu kita sudah biasa di alam ini.

Bahasa Inggeris juga merupakan faktor utama mengapa siswazah bumiputera masih jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Contohnya, Jobstreet menggalakkan kita untuk ambil English Assessment setiap 3 bulan sekali untuk menguji kecekapan dan kefasihan kita dalam bahasa antarabangsa ini. Markah penuh adalah 40, maka kita haruslah berusaha untuk mendapatkan skor yang tinggi agar majikan yakin dengan kefasihan bahasa Inggeris kita. Tidaklah pula nanti apa yang mereka arahkan, kita pula tak faham, maka jadilah situasi 'miscommunication' dan 'misunderstanding'.

Memilih kerja juga satu hal. Walaupun anda baru keluar universiti, itu tidak bermakna anda boleh meletakkan diri anda ke satu tahap yang lebih tinggi berbanding mereka yang tahap pengajiannya lebih rendah berbanding kamu. Kadang-kadang, orang yang rendah pengajiannya lebih mampu memikul amanah kerja dan boleh diharap berbanding kamu yang baru 'fresh graduates' ni. So, tak payah lah kamu nak memilih kerja - kerja yang lagaknya seperti pegawai saja, kamu haruslah bermula dari bawah, menimba pengalaman sebanyak mungkin, serta belajar dari mereka yang lebih arif hatta dari seorang cleaner pun, janganlah jadi bodoh sombong hanya kerana kamu siswazah.

Ingatan untuk diriku juga :)