Friday, March 18, 2011

McD Promo

Currently, McD is promote their Big Breakfast this month (March 2011). Print it into BW or color, purchase minimum RM5 & you'll get 2 big breakfast set.

Attention!!!
Drink is not provided, thus, with RM5 minimum order, you can buy your drink for 2 person, & you'll get 2 big breakfast set. For dine-in only yeh. Hurry! The promo is until 31st March 2011 only!


Biznez



Aku ada idea nak buat bisnes, tapi masalahnya aku kurang yakin @ low self-confidence dalam diri ni. So how?

...

...

...

Firstly, maybe aku takut produk aku tak jalan @ takde orang nak beli, so aku akan rugi & tak dapat balik modal pusingan. Sape nak ganti duit aku nanti wohhhh!!!

Secondly, aku takot orang mengata produk aku tak best, tak sedap, tak cantek & whatever. Maybe nanti akan buat aku rasa patah semangat nak teruskan bisnes aku, sudahnya jadi bisnes hangat-hangat taik ayam jer...

Thirdly, kalau aku letak harga produk aku mahal sikit dari competitors lain, nanti customer bising. Al maklum dalam dunia ni semua orang pon nak murah (termasuk aku, hehehe...) =p
Tambah2 aku tinggal dkt bandar yang moderate income je.

Conclusion: Nak @ taknak buat bisnes nih?

But..., kalau kita tak try, kita tak kan tahu kan macam mana penerimaan orang terhadap produk kita. Ah lantak lah orang nak mengata produk kau pon, janji kau buat dengan ikhlas.

Better try than never, hoooooyeehhhhh!!!


Tuesday, March 1, 2011

Dua Insan Berbeza

"Ah macam la kau bagus sangat!"
"I tak kate i bagus, tapi setiap orang ada kekurangan masing-masing."
"Bising la kau! Aku lelaki, aku tahu ape aku buat, kau jangan sibuk!"
"Sebab u husband i la i tegur, tak kan tu pon salah?"
"Kalau kau tak suke aku, kau boleh berambus!"

Pernah tak kita melalui situasi macam kat atas? Apabila dua insan berbeza; berbeza dunia, berbeza citarasa, berbeza hati, tapi ditakdirkan untuk hidup sebumbung kerana kuasa jodoh di tangan Dia yang Maha Esa. Ape perasaan nye yek? Adakah kita menerima dengan redha takdir jodoh yang telah ditentukan ATAU adakah kite menyesalinya? Kadang-kadang ade juga insan yang menyesali jodohnya dengan si polan, bukan menyesali jodoh yang datang, tapi menyesal kenapa jodohnya dengan si polan, kenapa tak dengan si polin, kan kan...

Kadang-kadang Allah menduga kita dengan diberikan pasangan yang berlainan dunia dari kita. Kenapa eh? Adakah aturanNya untuk saling melengkapi antara umat manusia kat bumi nih? Atau adakah Dia mahu menduga kita sama ada kita mampu urus dan terima masalah yang timpa dengan baik?

Ada yang diberi suami baik, isterinya pulak macam2. Ada yang dikurniakan isteri baik, suaminya pulak tunggang terbalik. Paling-paling tidak pon, ditakdirkan pasangan berbeza sikap dan citarasa. Kadang-kadang perbezaan dunia nih apabila dibawa masuk ke alam perkahwinan, semacam satu masalah yang boleh membawa pergaduhan. Ye, bergaduh! Mane ade dalam ikatan perkahwinan semuanya cool, takde masalah, takde perselisihan, mesti ade walaupon hal kecik-kecik, hatta pasal ubat gigi!




Kadang-kadang, walaupon dah lama kahwin, tapi sebenarnya kita masih tak dapat memahami dan mengenali pasangan kita secara mendalam. Ada aje yang tak kena, ade aje yang kurang. Kalau berkahwin atas dasar CINTA, kenapa mesti bercerai? Oh ye, bercinta semuanya indah, orang kata kentut yang busuk pon jadi wangi, tapi apabila melangkah saje ke alam yg satu ni, baru lah kita tahu dan kenal 'true colors' pasangan kita. Kita boleh handle dan melalui semua ni kalau kita dan pasangan sentiasa menghargai sesama kita, boleh terima kekurangan dan sentiasa bertolak ansur bagi melengkapi kekurangan diri. Tapi, EGO membatas kan segalanya.

Seorang hamba Allah pernah menasihati aku, jika baik seorang suami, insyaAllah baik juga isterinya. Maksud beliau, jika suami tersebut yang pertamanya taat kepada Allah dengan ikhlas tanpa rasa riak, insyaAllah suami tersebut boleh membimbing dan menahkodai keluarganya ke jalan yang baik dan diredhai. Jika sebaliknya, dengan Allah pon si suami menjauhkan diri, bagaimanakah beliau mahu menjadi seorang ketua yang baik kepada isteri dan anak-anaknya?




Perempuan sekarang kebanyakkannya berkerjaya. Jadi takde masalah bagi mereka untuk mencari harta kerana mereka sendiri berduit. Takde yang lain mereka mahu selain seorang lelaki yang menghormati, menghargai dan menerima diri dan kekurangan mereka seadanya, walaupon lelaki tersebut lebih rendah pendidikan, gaji dan pangkatnya. Asalkan lelaki tersebut bijak memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang sentiasa merendah diri dan bersyukur.