Ketidakmampuan bertutur dalam bahasa Inggeris, tiada pengalaman bekerja dan bersikap memilih pekerjaan adalah antara faktor utama ramai siswazah terus menganggur.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata siswazah yang baru menamatkan pengajian juga menuntut gaji tinggi dan enggan menerima tawaran jawatan yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka kerana gaji yang ditawarkan adalah rendah sebab tidak mempunyai pengalaman bekerja.
"Kebanyakan majikan akan memberi lebih banyak markah kepada mereka yang memiliki pengalaman bekerja walaupun pengalaman yang diraih itu dalam kategori lebih rendah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran kerjaya dan lepasan ijazah bertemakan "Graduan Aspire 2011" di sini hari ini.
Beliau berkata kadar pengangguran di Malaysia sekarang ialah 3.1 peratus.
______________________________________________________
Tajuk di atas ni memang aku sokong sangat-sangat. 3 faktor inilah yang menyebabkan masih ada lagi siswazah yang menganggur selepas tamat pengajian. Walaupun ada yang beranggapan hal ini kecil, tapi tahukah bahawa ini merupakan masalah tunjang yang menyebabkan pertambahan golongan ini. Memang tidak dinafikan, kebanyakan golongan ini selepas tamat pengajian mula berangan-angan yang mereka akan dapat kerja besar, jawatan besar, gaji besar, maka dari angan-angan tersebuat muncul lagi angan-angan kedua iaitu dapat pakai kereta besar dan memiliki rumah besar. Tapi tahukah mereka, semuanya haruslah bermula dari bawah.
Para majikan terutamanya syarikat swasta, lebih mementingkan pengalaman kerja dahulu baru mereka akan lihat kelayakan yang kamu miliki. Tanpa pengalaman kerja, bagaimana mereka yakin untuk menggaji kamu dengan gaji besar? Bolehkah dan tahukah kamu alam pekerjaan tidak sama seperti alam belajar. Tanpa pengalaman kerja, majikan tidak yakin dengan kemampuan kamu untuk bekerja dengan syarikat mereka. Syarikat mahukan sesuatu yang kamu boleh beri setelah kamu diambil bekerja. Hatta pengalaman kamu sebagai kerani pun diambil kira, asalkan ada pengalaman, maka pihak majikan tahu kita sudah biasa di alam ini.
Bahasa Inggeris juga merupakan faktor utama mengapa siswazah bumiputera masih jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Contohnya, Jobstreet menggalakkan kita untuk ambil English Assessment setiap 3 bulan sekali untuk menguji kecekapan dan kefasihan kita dalam bahasa antarabangsa ini. Markah penuh adalah 40, maka kita haruslah berusaha untuk mendapatkan skor yang tinggi agar majikan yakin dengan kefasihan bahasa Inggeris kita. Tidaklah pula nanti apa yang mereka arahkan, kita pula tak faham, maka jadilah situasi 'miscommunication' dan 'misunderstanding'.
Memilih kerja juga satu hal. Walaupun anda baru keluar universiti, itu tidak bermakna anda boleh meletakkan diri anda ke satu tahap yang lebih tinggi berbanding mereka yang tahap pengajiannya lebih rendah berbanding kamu. Kadang-kadang, orang yang rendah pengajiannya lebih mampu memikul amanah kerja dan boleh diharap berbanding kamu yang baru 'fresh graduates' ni. So, tak payah lah kamu nak memilih kerja - kerja yang lagaknya seperti pegawai saja, kamu haruslah bermula dari bawah, menimba pengalaman sebanyak mungkin, serta belajar dari mereka yang lebih arif hatta dari seorang cleaner pun, janganlah jadi bodoh sombong hanya kerana kamu siswazah.
Ingatan untuk diriku juga :)
No comments:
Post a Comment