Tuesday, June 28, 2011

Plus Size Wedding Gown / Dress

Sebenarnya, agak susah menjadi orang yang extra double atau plus size atau debab la senang cerita... Huh!!! Susah dari segi mencari pakaian misalnya, tu belum campur lagi dengan nak cari baju kahwin. Agak-agak la kan, ada tak butik2 pengantin kat Malaysia ni yang menyediakan baju 'plus size' ni? Aku berani kata la, sangat2 jarang, susah giler kot nak jumpe! Kalau ade pon a few tempat2 je, mostly in KL atau Klang Valley. Kenapa orang 'plus size' nih seolah2 terpinggir dengan kemodenan fesyen pakaian? Kami ni tak cantik kah? Kami ni tak layak kah untuk pakai pakaian yang cantik2? Orang 'plus size' pon manusia jugak kan, punya hati, keinginan, dan perasaan. Apa yang aku nampak la, fesyen2 baju untuk orang2 ni mostly very2 ugly and low quality! Seriously, korang tengok la sendiri, dah la kategori 'plus size' fesyen pon plus2 lagi, kain bajunya besar gedabak, no cutting macam model, straight je, corak pulak tempek bunga2 besar yang ewwwww sangat x menarik! Color baju atau bunga2 mesti striking, tak pon kusam giler, huh!! Macam orang tua da......nak pakai pon malu! Huhuhuhu.... Seluar pon satu hal, tak payah la nak berangan pakai Levi's, confirm paha pon belum tentu muat masuk. Kadang2 very embarrassing dengan salesgirl bila tanya ada tak pakaian sesuai dengan 'plus size' ni. For sure la, diorang nih akan melirik mata tengok kita atas bawah, macam tengah scan tubuh kita, sampai kita naek malu balik! Itu belum masuk perihal bra and underwear lagi, gila betul banyak halangan orang 'plus size' ni, kena banyak2 b'sabar kan... Malaysia boleh dikatakan masih jauh ketinggalan dalam aspek keperluan untuk orang 'plus size' ni, tak seperti US. Sudahlah kebanyakkan baju2 seluar2 bra2 underwear2 'plus size' nih harganya jauh lebih mahal sampai terencat akal dibuatnya, nak order terus dari overseas pon sangat la tak mampu!

Ahhhhhhhh baik layan dress2 'plus size' ni dari US, bahagia ku rasa, cuma kalau ade kat Malaysia, kena la ubah2 sikit tambah2 sebagai seorang muslimah. Am I Right? :)










































Tuesday, June 21, 2011

Vials ♥

Nih lagi satu business yang aku jalankan secara kecil-kecilan, nak buat secara besar-besaran modal belum cukup lagi wokkk! Tahu tak ape benda alah tu 'Vials'? Okey, Vials nih macam sampel kecik untuk bagi seseorang tu cuba try test dulu sesuatu produk before dia beli produk yang real punya. Vials nih produk yang 100% original dari produk sebenar, tapi didatangkan dalam bentuk kecik seakan2 sampel. Korang pernah tak beli magazines yang kadang2 kat dalam dia ade selit sampel syampu la, sampel pad la, sampel sabun la, hah! Tu la benda alah yang orang panggil Vials! Hahahaha dah tak malu lagi kalau orang tanya Vials tu ape kan kan...

Berbanding dengan miniatures, Vials selalunya datang dalam bentuk paket. Contoh, perfumes. Okey, vials perfumes selalunya datang dalam bentuk botol kecik ala2 botol minyak atar (yang kecik kurus tinggi cinonet tu). Selalunya dalam 1ml atau 1.5 ml. Miniatures pulak dia dalam bentuk seakan2 botol asal perfume, tapi botol nye dah di 'zoom' jadi kecik kadang2 besar tapak tangan je. Isipadu miniatures selalunya antara 3ml ke 5ml, kadang2 7ml.

Aku ade la business kecik2 vials nih kat ofis aku. Sambutannya okey jugak, sebab benda nih kecik boleh bawak pegi mana2 je, even boleh disimpan dalam purse / wallet. Vials ni selalunya berharga tak lebih dari RM18 sebotol, sebab bendanya kecik cinonet je, tak kan nak jual mahal2 kot kakak2 oiiii... Vials yang aku jual nih 100% gerenti original, kualiti penting, aku suka perfumes yang original, bau dia lain dari yang ciplak gred AAA nih.




Chloe EDP





Gucci Flora





Marc Jacobs Daisy





Ricci Ricci by Nina Ricci





Ralph Lauren Romance


Bagi yang kurang mampu macam aku nih tapi nak beriak2 pakai perfume ori yang branded2, boleh la try vials ni dulu. Hakhakhak... Dah la murah, jimat pulak tu, boleh beli macam2 variant dan pelbagaikan koleksi. Sementara ni, aku jual 5 variasi dulu, kire yang hot sales je aku ambik. Kalau beli miniatures, botol dia yang cute miut tu boleh disimpan dalam balang buat kenang-kenangan. Wallahhhh...... I suke, I suke ;)