Monday, August 15, 2011

Counting days.

Tinggal 2 hari je lagi sebelum kami menyambut anniversary ke-3. Ape??? Laaa....baru nak masuk 3 tahun rupenye hehehe.... Rasa macam dah lame je, tapi tetap tak boleh menandingi kemampuan anniversary mak abah yang bertahan hampir nak masuk 3 dekad! Wuwuwu... Ape pun tipu lah kalau perjalanan berdua ni takde kisah cakar-cakar kejar-kejar, tak kan nak kisah manje-manje je kan? Eeee nampak benor bohongnya kalau semuanya 'sweet & merry' je. Huh!

Jika tahun-tahun sebelum ni beli kek je nak sambut anniversary. Tapi ingat tahun ni nak buat something special, maybe nak baking kek sendiri, choice dah tentu lah red velvet. Kebetulan aku pun cuti hari tu sebab jatuh sama dengan nuzul al-Quran. Aku pun dah booking special books untuk anniversary kami, tapi masalahnya fotografi bile nak buat? Baju pun tak tau nak pakai ape. Pening-pening... Kalau diikut-ikut aku tak perlu bersusah payah nak buat semua ni, ade orang kate membazir, tapi aku suka jika sesebuah hubungan dihargai bersama-sama. Aku suka tengok memori-memori yang terakam sambil senyum sorang-sorang. Pada hal kalau masa gaduh, mahu je aku padam dan koyak semua memori-memori ni. Nah! Bukan ke aku dah kate takde semuanye manis-manis belaka.

Pilihan, nak buat kek besar ke nak buat cupcake eh?





Isn't it cute?





Isn't it look delicious?